Saturday, January 15, 2011

Di mana DIA di hatiku

Salam......

Semalam sempat berjalan-jalan di jusco Taman U. Singgah sebentar di MPH sekadar untuk lihat-lihat sahaja. Sedang membelek-belek buku, tertarik dengan satu cover buku yang bertajuk "Di mana DIA di hatiku" tulisan Pahrol Mohd Juoi. Bila dilihat pada harganya amat murah sekali iaitu Rm15, setelah membaca sedikit isi bukunya ianya bukan lah setanding dengan harga rm15. Tetapi tidak ternilai harga isinya. Jadi aku mengambil keputusan untuk membeli nya.

Siapa Pahrol Mohd Juoi? beliau merupakan editor bagi majalah solusi terbitan telaga. Melalui solusi lah aku mengenali beliau. Dibawah merupakan petikan terakhir dalam buku beliau yang aku ambil dari blog beliau sendiri...terus terang aku katakan memang tak rugi anda memiliki buku ini. Marilah sama-sama kita menghayati....


…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…

MENGEMIS KASIH MU

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

(Sajak yang ditulis sejak lama. Kini telah pun diangkat menjadi sebuah nasyid).

Sumber : Klik Sini

Wednesday, December 1, 2010

Hari yang Dinantikan Telah Tiba.......

Salam......

Alhamdulillah, hari ini dapat lagi aku bernafas lagi untuk meneruskan perjalan hidup yang sentiasa dipenuhi oleh segala macam dugaan. Hari ini 1 December merupakan diantara hari yang agak penting kerana hari ini merupakan hari persentation bagi projek master aku dimana aku telah bertungkus lumus hampir selama 3 tahun untuk menyelesaikannya. Hanya akan dinilai dalam masa 1/2 hari sahaja. Memang tak berbaloi..heheh..

Perasaan aku? risau pun ada, seronok pun ada, takut pun ada.....perasaan aku pada waktu ini bercampur baur. Rasanya perasaan ini kot yang dirasa ketika hendak akad nikah..betul tak bg org yang telah berkahwin? hehe. Tapi alhamdulillah masih lagi boleh dikawal, insyALLAH takkan hilang kawalan. Bukannya tidak pernah present tapi entah hari ini rasa lain sangat. Dalam mencari artikel-artikel yang sesuai ingin dikongsikan satu blog yang bertajuk "Nak kunci mulut pensyarah" . Dalam artikel ada diberikan tip-tip untuk menghadapi presentation.

Terima kasih kepada mereka-mereka yang tidak putus-putus sentiasa mendoakan aku. Sayang korang semua...Jasa kalian tidak dapat ku balas. Semoga ALLAH membalas jasa korang. Semoga aku dapat menghadapi VIVA ini dengan. InsyALLAH apa jua keputusan akan aku terima. Jom practice lagi....."practice make perfect".....

Monday, November 29, 2010

Rasa susah bangat...nak lepas....

salam.....

Pagi td aku tidur sangat-sangat lewat iaitu dalam pukul 4 pagi kerana ada upacara mencantikkan slide presentation dan juga resume. Paginya ada interview oleh pihak UMP, berbelah bahagi aku dibuatnya. Mana satu yang hendak dikejar UMP atau pun viva. Aku telah pun memindahkan waktu VIVA aku ke sesi petang. Sangat berat kepala aku yang dapat aku rasakan. Dengan tidak cukup tidur.

Alhamdulillah aku dapat untuk pergi ke interview peringkat universiti, alhamdulillah sebab peringkat fakulti dah lepas dan hanya menunggu peringkat universiti sahaja. Harap aku juga dapat lepas peringkat universiti nanti. Aku rasa banyak lagi perkara yang aku perlu lakukan untuk menghadapi interview peringkat universiti. Terima kasih kawan kerana doakan kejayaan aku.

Selepas jer interview aku terus wat persediaan untuk mock presentation, bak kata sm salim dalam lagu nya "memang bagai nak gila". Aku berjaya siapkan sebanyak 79 slide yang mengambil masa lebih kurang dua jam lebih untuk habiskan. Selepas jer abis mock, aku telah bersedia untuk dikomen oleh para penonton. Terima kasih kepada mereka-mereka yang sentiasa memberi sokongan. Diantaranya, my supervisor, pn rozeha, prof sheila, adib, hadi, kal, izzah, sazzad dan juga hashim. Terima kasih banyak-banyak hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Terima kasih juga diatas komen yang membina yang sedikit sebanyak membantu aku.

Setelah di mock interview, aku tungaskan untuk kurangkan slide dari 79 lebih ke dalam 30 lebih hohoho..memang mencabar. Tapi alhamdulilah telah dapat gambarannya. terima kasih kepada mereka yang terlibat. Alhamdulilllah kepala aku dah rasa tenang sedikit jika dibandingkan sebelum mock interview tadi. Dah rasa kenyakinan yang membara untuk present. Terima kasih kepada prof, my supervisor dan juga puan rozeha yang sentiasa memberi kenyakinan. Malam nie aku akan cuba siapkan slide yang baru untuk real presentation...insyALLAH.....jom kita bergerak skrg......tlg doakan saya kawan2..... 1..day to go.....

Friday, November 26, 2010

Semakin Berdebar

Salam...

Pagi ini aku dapat emel daripada supervisor ku, hati ini bertambah berdebar. Walaupun ari ini adalah hari lahirku, tak terasa mcm hari lahir.....sebab hati tengah fikir untuk presentation nanti... Semoga diberi kekuatan olehNYA nanti dalam presentation nanti dan dipermudahkan.....ameen.. thanks kawan atas doa kalian semua...




Thursday, November 25, 2010

Selamat Hari Lahir Yang ke-26

Salam....

Alhamdulilah hari ini (26 november 2010) umur ku genap 26 tahun. Ini bermakna aku sudah lebih suku abad hidup di dunia ini. Selamat hari lahir mohd rozaini abd rahim. Mari muhasabah diri. Sekarang ini tengah sibuk untuk menyiapkan slide presentation untuk disemak oleh supervisor esok. Hati gembira bercampur berdebar, terima kasih ya ALLAH kerana memanjangkan umurku. Semoga hari-hari seterusnya di isi dengan mencari keredhaanMU. Memang cepat masa berlalu..... Nak sambung buat slide. Terima kasih kepada mereka yang ucapkan selamat hari lahir. Thanks bebanyak.

p/s: kepada kawan2 yg dah kawen+dah mengandung asyik bertanya bila nak kawen tue tunggu la...masa akan diberitahukan kemudian. Banyak-banyak la berdoa untuk aku semoga ianya berjalan lancar. Kepada yang belum kawen kalau tanya juga..baik tanya diri korang dulu hehehe.

sekian
mohd rozaini abd rahim

Master Presentation

Salam.....

Alhamdulilah selepas hampir selama 3 tahun aku mengkaji didalam bidang wireless biomedical sensor network di universiti teknologi malaysia aku telah berjaya menghabiskannya. Tiba lah hari yang boleh kata amat dinantikan untul menilai hasil kerja aku. Panel penilai aku adalah terdiri daripada seorang lecturer dari Unimap iaitu Dr Badlishah Ahmad dan dari UTMKL Dr. Liza Latif.

Teringat sewaktu aku ke pameran PENCIPTA 08 waktu itulah aku bertemu dengan Dr Badlishah Ahmad. Dalam perjalanan keluar daripada dewan pameran aku bersembang dengan DR. Badlishah dengan mengatakan aku mahu mengambil dia sebagai panel penilai aku dan kemudia dia berkata lebih kurang "setakat ini belum ada lagi yang saya failkan". Tersenyum aku dekat dia, aku tak tahu lah itu adalah hanya gurauan atau betul-betul. Tapi terus terang aku katakan memang aku senang dengan beliau. Aku juga pernah berjumpa di Conference dekat penang dan KL Semasa aku menghantar senarai panel penilai ke fakulti , aku berharap Dr Badlishah akan dipilih. Alhamdulillah, akhirnya terpilih juga beliau sebagai panel penilai aku.

Tarikh 1 december 2010 merupakan tarikh penilaian projek research aku. rasa seram sejuk aku dibuatnya. Aku telah berusaha sebaik yang mungkin, yang selebihnya aku berserah kepada ALLAH. Aku mengharapkan aku dapat buat yang terbaik dan aku dapat lulus tanpa perlu pembetulan sampai 6 bulan. Terima kasih kepada semua sahabat2 di FB, sahabat di Blog yang banyak mendoakan dan memberi kata-kata semangat yang mana sedikit sebanyak dapat membakar semangat dalam diri ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan kalian semua. Tanpa segan silu nak mohon doa kalian semoga doakan saya berjaya...thanks..

p/s: Lynnn thanks yer atas ucapan selamat hari lahir. Tak sempat nak menyambut hari lahir sebab berdebar2 nak viva..heheh

Wednesday, November 3, 2010

Bijak sangatkah si kancil???




Salam.....

Lama rasanya tak menulis, saja jer biarkan blog ini macam tak berpenghuni. Harie ini terasa gatal tangan untuk menaip selepas membaca buku "Aku Terima Nikahnya "tulisan ustaz hasrizal jamil atau dikenali sebagai saiful islam.com. Sebelum ini gatal juga tangan tapi xnak tulis. Tertarik dengan isu kisah sang kancil yang diceritakan oleh penulis kepada anaknya.


Tidak dapat dinafikan, sejak dari kecil iaitu dari bangku sekolah lagi kita telah di hidangkan dengan kisah kebijaksanaan sang kancil. Rasanya banyak kisah sang kancil yang dihidangkan, yang antaranya yang masih saya ingat sampai sekarang adalah kisah sang kancil dengan moyet, sang kancil dengan buaya dan sang kancil dengan gajah. Saya boleh ingat kerana kisah-kisah ini telah difilemkan oleh oleh kerajaan, saya juga merupakan peminat cerita ini masa kanak-kanak dahulu. Hati tidak pernah jemu untuk menontonya.

Berangan-agan juga masa dahulu untuk menjadi si kancil, kerana berdasarkan daripada kisah di atas kancil digelarkan sebagai binatang yang bijak. Kita juga di suruh supaya menjadi kan kancil sebagai idola sebab kebijaksanaannya. Baru sekarang saya sedar setelah 25 tahun yang si kancil itu tidak lah bijak tetapi kuat menipu dan kuat memanipulasikan orang lain untuk kepentingan diri sendiri setelah membaca buku "Aku terima nikahnya'.

Sebagai buktinya, cuba hayati kisah sang kancil dan buaya. Dimana rentetan ceritanya bermula daripada si kancil ingin memakan buah rambutan diseberang. Kemudian dia menipu ketua buaya untuk ketua buaya memanggil buaya-buaya lain untuk membolehkan kan sang kancil memakan rambutan. Akibat perbuatan sang kancil, ketua buaya telah menjadi buruan buaya-buaya lain. Memang benar apa yang dikatakan oleh anak penulis iaitu kancil ini penipu.

Persoalannya disini adakah wajar kita menyuruh anak kita, anak murid kita dan juga sesiapa saja menjadi seperti kancil yang diceritakan? adakah ini bermakna kita menyuruh anak kita menjadi penipu seperti sang kancil? takut-takut nanti kanak-kanak akan merasakan apa perbuatan yang ditonjolkan oleh sang kancil didalam cerita itu adalah contoh dan tauladan yang baik untuk dikuti, sama-sama lah kita fikirkan. Pilih la bahan-bahan yang sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak untuk dijadikan tauladan.

ps: mungkin hanya sebilangan saja kisah sang kancil yang menipu....

Wednesday, August 25, 2010

Aku Minta Maaf

Salam...

Ini nasihat untuk diri sendiri juga. Bukan beerti saya menulis ini bermakna saya adalah perfect tidak pernah melakukan kesilapan saya juga melakukan kesilapan. Memang betul, bercakap memang senang sapa pun boleh bercakap tapi nak melaksanakannya adalah satu cabaran. Sekadar ingin berkongsi pendapat. “Saya minta maaf” mungkin satu ungkapan yang mudah disebut tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Kekadang tertanya juga pada diri, kenapa susah nak menerima maaf seseorang ? Sebb terlalu banyak salah yang dia buat yang menyakitkan hati.

Adakah dengan tidak memaafkannya dapat menghilangkan sakit dihati? Adakah kita merasa seronok kerana melihat dia datang merayu2 meminta maaf? Atau datang sujud kepada kita untuk meminta maaf? Adakah kita merasa diri kita ini terlalu mulia ataupun ego? Adakah kita merasa puas melihat keadaan nya skrg akibat membuat salah kepada kita? Adakah itu yang kita inginkan kan? Tapi sampai bila kita ingin rasa? Teringat kata-kata seorang prof, lebih kurang kita nie nak gaduh-gaduh sampai bila?sampai bila xnak maafkan? Ingat kita semua akan mati.

Sakit, ya ujian ada yang sakit ada yang seronok. Tapi adakah dengan tidak memaafkan org sakit itu akan hilang? Rasanya tidak sedikit pun akan ilang. Bila kita selidiki balik, apa sebenarnya yang kita dapat bila tidak maafkan org? adakah kita akan mendapat selonggok emas? Saya rasa apa pun kita xkan dapat, mungkin yang dapat hanya kepuasan yang sementara. Kalau kita maaf apa yang kita dapat? Awak dah ada ganjaran yang kita dapat apabila memaafkan org(klik sini kalau nak tahu). Yang kita cari dunia ataupun akhirat? Dunia kita hanya dapat sementara tp akhirat kita akan dapt selamanya.

“Aku redha dengan ujianMU”. Itu adalah diantara ungkapan2 yang kita ucapkan apabila kita menghadapi mushibah. Tapi sejauh manakah keredhaan kita dengan ujian yang diberi? Adakah kita hanya redha separuh sahaja? Suku? Atau sepenuhnya. Oleh kerana masalah itu datang dari seseorang, kita hanya redha akan masalah yang dibawa tetapi tidak redha dengan pembawa masalah iaitu tidak memaafkannya. Adakah dengan tidak memaafkan dia bermakna kita redha ujian dari NYA sepenuhnya? sama-sama kita fikirkan. Kuasa memilih ada ditangan kita, pilih la yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita yang mencorakkkan diri kita bukannya orang lain.


Pendapat 5sen. Sebarang komen amatlah dialu2kan.